Tuesday, April 20, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

 Rancangan Sembang Tamu: Dilema Pengembara bersama Dr. Nur Alia Roslan

Kredit  : DBP Malaysia

Melalui perkongsian Dr. Nur Alia Roslan bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr telah berkongsi pengalamannya tentang pengembaran yang telah dilakukan selama ini. Beliau telah mengembara ke 21 buah negara seluruh dunia tidak termasuk semenanjung, Sabah dan Sarawak.  Bagi pendapat beliau sendiri maksud pengembara ialah mengembara tu bukan sekadar ke luar negara sahaja tetapi keluar dari zon selesa kita sendiri seperti keluar dari tempat tinggal kita pergi ke mana-mana tempat. Sama ada melancong, melanjutkan pelajaran atau berkerja di tempat baru tersebut itu juga dikatakan sebagai mengembara kerana kita tidak biasa dengan budaya di tempat tersebut.

Di dalam rancangan itu Dr turut menjawab menjawab beberapa soalan daripada penontot program tersebut antara soalannya ialah:

1. Bagaimana dr menyesuaikan diri di tempat baru tambah lagi di kawasan yang sangat asing seperti di luar negara?

JAWAPAN DR: 

Pertama sekali perkara yang paling penting ialah komunikasi. Kita mestilah paksakan diri kita untuk berkomunikasi dengan mereka (rakyat di negara kita pergi). Contohnya kita menggunakan dan mengetahui sesetengah frasa perkataan yang asas yang mudah untuk kita gunakan bila berkomunikasi dengan bahasa mereka. 

Ini merupakan salah satu soalan yang dr telah jawab di dalam rancangan tersebut. Terdapat beberapa lagi soalan yang menarik dr telah menjawab di dalam rancangan tersebut. 

Ilmu yang saya peroleh daripada rancangan ini ialah kita mestilah yakin dengan diri kita sendiri untuk melakukan sesuatu pengembaraan itu. Tidak boleh terlalu berani dan tidak boleh juga terlalu takut bila kita mengembara ke luar negara. Kita mestilah bersederhana sahaja. Secara tidak langsung kita dapat menjadi orang yang lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan yang bijak. Dengan adanya rancangan seperti ini menyebabkan saya sedar bahawa banyak lagi ilmu pengetahuan pengembaraan yang kita tidak ketahui dengan lebih mendalam lagi. Semakin luas pengembaraan yang kita lakukan semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita akan peroleh daripada sesebuah negara itu sendiri. Terutamanya budaya mereka.

BUKTI KEHADIRAN 








    

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.    BIODATA DIRI 2.    CERITA SOSIAL 1 3.    P...