Thursday, April 1, 2021

BBM 3410-2021- MINGGU 2- Elemen Asas Grafik dalam Multimedia

ELEMEN ASAS GRAFIK

1. MUDAH

u Mudah bermaksud sesuatu gambaran yang mudah untuk difahami oleh seseorang apabila melihatnya.

 

u Apabila seseorang melihat foto tersebut mesej yang ingin disampaikan akan difahami dengan mudah tanpa ada keliruan terhadap foto tersebut.

 

u Contohnya foto budak lelaki sedang melukis di kelas. Seseorang yang akan melihat gambar tersebut akan mudah untuk faham bahawa foto tersebut ialah budak lelaki yang sedang melukis.


2. WARNA

u Warna didefinasikan sebagai satu warna atau gabungan beberapa warna dalam sesuatu gambaran dalam foto.

 

u Grafik : Tidak lebih daripada 3 warna (mengikut kesesuaian mesej yang ingin disampaikan).

 

3. TEKS

u Teks merujuk kepada teks atau font yang digunakan dalam grafik.

 

u Warna yang digunakan untuk font juga penting dalam asas grafik.

 

u Contoh iklan makanan dengan teks “lazat dan enak” memberikan gambaran terhadap makanan yang diiklankan. Oleh itu teks yang ditulis perlulah besar dan jenis font yang dipilih menarik.

 

4. KESESUAIAN

u Kesesuaian bermaksud sebagai grafik yang sesuai dengan latar yang terdapat dalam video atau foto tersebut.

 

u Setiap watak atau bahan yang ada dalam grafik tersebut perlulah bersesuaian.

 

5. KESEIMBANGAN

u Berkaitan tentang ruang (kanan,kiri.atas dan bawah) di dalam foto atau video.

 

u Seimbang juga diterima jika grafik tersebut dapat disampaikan dengan baik.


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia .




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.    BIODATA DIRI 2.    CERITA SOSIAL 1 3.    P...