RUJUKAN : Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Pada hari ahad yang lepas, bapa Alim telah pergi ke pasar tani dan membawa pulang buah-buahan yang dibeli di sana. Alim dan adik beradiknya iaitu abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah adalah penggemar buah-buahan tempatan. Bapa Alim telah membeli buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi.
Alim telah bertanya kepada ibu bolehkah dia memberi sedikit buah-buahan kepada jirannya iaitu Sulaiman. Hal ini kerana Sulaiman sentiasa ingat akan pesan ibu dan bapanya supaya berkongsi barang atau makanan yang kita suka kepada orang lain kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang baik yang perlu kita lakukan.
Ibu telah memuji Alim dengan perbuatan baik yang ingin di lakukan. Selain itu, ibu turut berbangga Alim sentiasa mengingati pesan yang diberikan selama ini kepadanya.
Ibu telah mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Ibu berkata kepada Alim dia melihat Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halam rumahnya tadi. Alim mengambil plastik merah tersebut yang mengandungi buah rambutan dan manggis daripada tangan ibunya lalu berlari ke rumah Sulaiman untuk memberikan kepadanya.
Alim telah memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Alim setelah plastik tersebut diberikan kepadanya. Alim terus berlari semula ke rumahnya untuk mendapatkan keluarganya sambil tersenyum puas terhadap perbuatan baik yang telah dilakukan sebentar tadi. Alim memahami bahawa sifat berkongsi itu adalah perbuatan yang baik. Hal ini kerana abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan kepadanya.
Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim telah membawa sampah kulit buah-buahan yang telah dimakanan sebentar tadi ke dalam tong sampah di luar rumah untuk membuangnya. Alim telah terserempah dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah.
Mak cik Timah telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepadanya. Alim telah berkata kepada Mak Cik Timah, dia melakukan perbuatan baik itu kerana sentiasa mengingati pesan ibu dan ayahnya supanya sentiasa berkongsi kepada orang lain. Terutamanya jiran. Hal ini kerana ibu juga pesan Sulaiman, Mak Cik Timah, dan Pak cik Yakub adalah jiran yang baik. Kita mesti berbuat baik dengan jiran kita sendiri.
Mak cik Timah berasa sangat gembira kerana Alim sangat baik kepada Sulaiman. Mak cik Timah berkata kepada Alim sambil melihat Sulaiman yang sedang membasuh basikal keciknya.
Alim suka Sulaiman dan Sulaiman suka berkawan dengan Alim kerana itu Alim sentiasa berbuat baik. Alim melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.
Mak cik Timah memandang ke arah Alim yang pergi berjalan masuk ke dalam rumahnya. Mak Cik Timah sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga atas perbuatan baik yang dilakukan selama ini.
No comments:
Post a Comment