BBM3410 ASAS GRAFIK – MUDAH (INTERNET)
Elemen: Mudah
Tema: Kemewahan
Rujukan:
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan unsur yang terdapat dalam grafik diatas tidak terlalu padat. Hanya tiga objek sahaja yang digunakan dalam grafik tersebut namun dapat menyampaikan mesej kepada pengguna dengan baik.
Elemen: Mudah
Tema: Minuman
Rujukan:
Huraian:
Berdasarkan gambar di atas, seseorang akan mudah memahami hanya dengan melihat kepada imej itu sahaja. Seseorang itu juga akan mengetahui mesej yang ingin disampaikan dalam imej tersebut tanpa ada kekeliruan. Tambahan pula, gambar tersebut memaparkan dua imej cawan teh dan juga imej sekotak teh maka seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa imej itu ialah mengenai minuman berunsurkan teh.
Elemen: Mudah
Tema: Peringatan
Rujukan:
Huraian:
Elemen asas grafik mudah telah diaplikasikan dalam grafik diatas melalui penggunaan warna, teks, dan objek. Grafik tersebut hanya menggunakan warna monokrom iaitu hitam dan putih. Audien dapat memahami maksud grafik ini dengan mudah kerana ilusi objek yang menembusi papan billboard dengan gandingan teks “wear a seat belt”. Grafik ini sejenis grafik peringatan supaya memakai tali pinggang keledar bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Elemen: Mudah
Tema: Minuman Bertenaga
Rujukan:
https://www.gambar.pro/2010/05/100-gambar-iklan-pepsi-paling-hist.html
Huraian:
Iklan yang dipamerkan ini mempunyai elemen mudah yang diterapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan iklan tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Iklan tersebut hendak memperkenalkan sejenis air berkarbonat iaitu Pepsi. Dengan sekali pandang pada iklan tersebut kita dapat mengetahui intipati iklan tersebut. Oleh itu, jelaslah iklan tersebut mempunyai elemen asas grafik mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Minuman dan Makanan
Rujukan :
https://ms.drink-line.com/article-2012-07-24-odwalla-launches-first-ever-us-organic-product-line
Huraian:
Elemen yang ditonjolkan di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Foto di atas menunjukkan gambar 3 botol minum dan 2 kotak makanan. Seseorang yang melihat foto tersebut mereka akan mengetahui itu adalah gambar makanan dan minuman yang diiklankan. Dengan adanya gambar produk tersebut ianya tidak akan menimbulkan kekeliruaan kepada seseorang yang melihatnya,
Elemen: Mudah
Tema: Aplikasi Internet
Rujukan:
https://techharvest.asia/2017/12/28/cara-untuk-menyekat-iklan-di-youtube/
Huraian:
Gambar di atas dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan tidak berlaku kekeliruan. Hal ini kerana gambar tersebut memaparkan simbol yang melambangkan simbol Youtube. Gambar tersebut juga mudah difahami kerana youtube merupakan aplikasi kebiasaannya terdapat dalam gajet seperti telefon bimbit, ipad, komputer riba dan lain-lain.
Elemen: Mudah
Tema: Perniagaan kosmetik
Rujukan:
https://images.app.goo.gl/cwjbgQi6a93ZfRQAA
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui dan memahami gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula dengan perkataan " Produk mesra wudhu" menambahkan lagi keyakinan seseorang bahawa iklan ini merupakan jualan produk kecantikan daripada Nurraysa Beuty.
Elemen: Mudah
Tema: Sukan
Rujukan:
https://www.google.com/amp/s/zefrdesign.wordpress.com/2011/04/06/puma-billboardproduct-page/amp/
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui dan memahami gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula dengan perkataan “run wild” dan logo PUMA di bawahnya yang menambahkan lagi keyakinan seseorang bahawa iklan ini mewakili kasut sukan berjenama terkenal.
Elemen: Mudah
Tema: Makanan
Rujukan:
Huraian:
Foto tersebut dianggap mudah kerana menggunakan grafik yang baik. Sesiapa yang melihat iklan ini mudah menerima mesej yang ingin disampaikan. Iklan ini menunjukkan makanan burger yang dijual di McDonald’s. Seseorang dapat menerima mesej yang ingin disampaikan hanya dengan sekali pandang.
Elemen: Mudah
Tema: Pemandangan
Rujukan:
https://www.posterlounge.co.uk/p/574972.html
Huraian:
Elemen asas grafik iaitu mudah dapat dilihat melalui foto diatas. Foto bangunan-bangunan tersebut terutama Menara Berkembar Petronas menunjukkan bangunan tersebut merupakan bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh itu, orang yang melihat gambar tersebut akan mudah faham bahawa gambar itu merupakan bangunan yang berada di Kuala Lumpur. Gambar ini dapat difahami tanpa berlakunya kekeliruan.
BBM3410 ASAS GRAFIK – MUDAH (SENDIRI)
Elemen: Mudah
Tema: Persahabatan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini dapat dijelaskan dengan melihat gambar tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Gambar tersebut memperlihatkan ikatan persahabatan yang terjalin yang sangat kuat dan utuh. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan teks yang tertulis pada gambar tersebut iaitu “Persahabatan bukanlah sesuatu yang dapat dijual beli”. Oleh itu, berdasarkan gambar tersebut kita dapat memahami dengan mudah intipati yang hendak disampaikan.
Elemen: Mudah
Tema: Persahabatan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas menunjukkan elemen mudah. Gambar ini mudah difahami mesej yang ingin disampaikan kerana kelihatan gambar tersebut menunjukkan tangan-tangan remaja yang akrab seperti kawan dan diperkukuhkan lagi dengan teks yang menyampaikan mesej persahabatan.
Elemen: Mudah
Tema: Buku
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar sebuah buku berwarna biru. Seseorang yang melihat gambar itu akan mudah memahami bahawa gambar itu adalah sebuah buku. Malah, mesej pada gambar itu difahami dengan jelas kerana adanya tulisan yang menunjukkan gambar itu adalah sebuah buku.
Elemen: Mudah
Tema: Riadah
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Elemen mudah dalam grafik diatas dapat dilihat melalui objek basikal dan manusia. Pandangan audien yang melihat grafik ini akan memikirkan aktiviti riada berbasikal di suatu kawasan lapang. Penggunaan latar belakang yang menunjukkan suatu kawasan taman atau kawasan lapang untuk aktiviti berbasikal. Tambahan pula, penggunaan objek, teks dan warna yang tidak berlebihan telah menjadikan grafik ini mudah untuk difahami.
Elemen: Mudah
Tema: Keluarga
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Elemen yang ingin ditonjolkan di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Gambar di atas merupakan sekeping foto 3 orang kanak-kanak sedang duduk di atas pelamin. Seseorang yang akan melihat gambar tersebut akan mudah faham bahawa foto tersebut merupakan gambar 3 orang kanak-kanak sedang duduk. Seseorang yang melihat foto ini tidak akan berasa keliru kerana ianya mudah untuk difahami.
Elemen: Mudah
Tema: Peralatan alat tulis
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan sangat mudah difahami. Gambar di atas merujuk kepada sebuah buku. Hal ini mudah kerana apabila seseorang melihat gambar ini, beliau hanya akan terlihat sebuah buku tulis tanpa ada rasa keliru.
Elemen: Mudah
Tema: Buku
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar buku panduan yang dipaparkan beserta perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini iaitu panduan pengucapan awam. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas tentang tajuk buku yang dipaparkan.
Elemen: Mudah
Tema: Kasih Sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar kanak-kanak yang dipaparkan beserta perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas.
Elemen: Mudah
Tema: Kanak-kanak
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki. Foto diatas mudah difahami tentang maklumat yang ingin disampaikan. Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan kereta mainannya. Sesiapa sahaja dapat memahami mesej yang ingin ditekankan dengan mudah.
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Foto diatas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Foto ini menunjukkan watak yang sedang memberi makan kepada seekor gajah. Bagi mereka yang melihat gambar ini akan faham bahawa foto itu gajah sedang diberi makan oleh seseorang. Foto ini dapat disampaikan sesuatu mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
Ketua Elemen Mudah: Nurul Fatehah binti Mansor (203944)
Penolong Elemen Mudah: Nur Shah Hazuani binti Dazak (203967)
No comments:
Post a Comment