Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-Minggu 2- Pendekatan Analisis Wacana

 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

    Elemen pendekatan analisis wacana menurut Normaliza Abd Rahim, 2018  terbahagi kepada 5  elemen. Elemen yang pertama ialah pra-andaian. Pra-andaian bermaksud perkara yang dilakukan terlebih dahulu untuk memulakan sesuatu hujah atau tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua iaitu dari aspek intuisi dan konteks. 

Elemen yang kedua ialah emosi. Emosi ialah suatu perasaan yang akan muncul dalam diri seseorang akibat daripada sesuatu perkara yang berlaku secara rangsangan. Emosi terbahagi kepada tiga iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur.

Selain itu, elemen yang ketiga dalam pendekatan analisis wacana ialah nilai dan budaya. Nilai dan budaya terdiri daripada beberapa aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai ini contohnya ialah jujur, ikhlas, baik hati dan sebagainya.

Elemen yang keempat ialah bahasa. Bahasa akan dianalisiskan untuk memfokuskan tentang 4 perkara  iaitu berkaitan  bahasa pertama/ kedua/ ketiga, formal atau tidak formal, kesalahan bahasa dan linguistik.

Akhir sekali, elemennya ialah inferens. Inferens terbahagi kepada 3 aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek ini dianalisis supaya teks dan tulisan yang dibuat menjadi lengkap dan jelas apa yang ingin disampaikan.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.    BIODATA DIRI 2.    CERITA SOSIAL 1 3.    P...