Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- VIDEO SETEMPAT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hi Assalamualaikum semua, berjumpa kita kembali. Hari ini saya nak kongsi serba sedikit video setempat yang saya ambil pada malam sebelum hari raya. Kebiasaanya, kuih raya akan dihidangkan dan rumah akan dikemas bersih walaupun dah 2 tahun kita sambut raya di rumah sahaja. Jom saksikan video yang saya ambil ini. Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Harap rakan-rakan semua jaga diri dan jaga kesihatan.

https://www.youtube.com/watch?v=Sz2Ar0wYOEc

Jom saya kongsi langkah-langkah merakam video setempat ini.

LANGKAH-LANGKAH

1.    Pertama sekali mestilah sediakan telefon. Kalau tidak macam mana kita nak rakam betul tak

2.    Kedua tentukan lokasi yang ingin dirakam. Di dalam video ini saya merakam video tersebut di ruang tamu di rumah saya. Cantik kan?

3.    Selepas mengetahui lokasi atau tempat yang hendak dirakam. Saya menentukan siapa yang ingin saya rakam. Di dalam video ini saya merakamkan tingkah laku kakak-kakak saya sedang mengemas rumah di dalam raya.

4.    Selepas mengetahui objek yang ingin dirakam. Saya melaraskan kamera fon dengan kedudukan yang sesuai untuk dirakam.

5.    Seterusnya boleh mula merakam. Video dirakam dalam tempoh masa 5 minit sahaja. 

6. Akhir sekali, selesai merakam video akan tersimpan di dalam galeri fon. Selesai.

Mudahkan untuk merakam video setempat. Kawan-kawan semua boleh cuba. Video ini dilakukan tanpa ada suntingan. Perakam suaranya hanya menjadi suara latar sahaja di dalam video tersebut dan tidak dapat melihat wajah perakam. Itu sahaja berkongsian saya hari nie berkaitan video setempat.

Harap kawan-kawan semua enjoy dengan video setempat saya. Jumpa lagi 😊

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.    BIODATA DIRI 2.    CERITA SOSIAL 1 3.    P...