RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
ASAS FOTOGRAFI
1. LONG SHOT
2. MEDIUM SHOT
3. PORTRAIT
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
ASAS FOTOGRAFI
1. LONG SHOT
RUJUKAN :Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
1) BUNTING ATAU BANNER
BUNTING
Bunting merupakan salah satu bahan asas grafik. Bunting dengan banner merupakan dua benda yang berbeza dari segi cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya, bunting lebih murah mengikut harga pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang dengan banyak. Terdapat pelbagai saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki), (2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau lebih dikenali dengan spider stand kerana stand yang sesuai untuk bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di setiap penjuru bunting diletakkan ring untuk dimasukkan kepada X-stand. Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula diletakkan batang paip untuk dipasangkan kepada T-stand.
BANNER
Berbeza dengan bunting, banner berbentuk melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20 kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.
2) PAMPHLET
Pamphlet biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula, pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.
3) POSTER
Kami menggunakan tema “Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti lasak. Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk menonjolkan produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih dipilih untuk mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana fabrik yang digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan selesa dipakai.
4) GAMBAR/FOTO
Gambar merupakan salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga, kita dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat dengan kombinasi warna yang banyak.
5. BILLBOARD
Billboard merupakan salah satu daripada bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga sebagai papan iklan. Kebiasaannya billboard dipasang dengan menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan sesuatu jenama produk. Di gambar atas, ruang tengah-tengah billboard telah diletakkan grafik kasut untuk menunjukkan produk yang akan dipromosikan kepada orang ramai. Manakala di ruang bahagian atas billboard telah diletakkan perkataan “Niskala” dan “New Arrival” kedua-dua tulisan tersebut digunakan untuk menunjukkan adanya pengeluaran baru kasut sukan daripada jenama tersebut. Di kanan dan kiri grafik kasut pula terdapat perkataan “be simple” dan “be confident” ianya diletakkan untuk memberi gambaran ciri-ciri kasut tersebut apabila telah dipakai. Seseorang itu akan kelihatan ringkas dan yakin apabila menggayakannya. Di bahagian ruang bawah billboard pula diletakkan tulisan “Trendy and Sporty” ianya menunjukkan produk yang akan dipromosikan itu merupakan keluaran terkini dan pengguna yang menggunakannya akan kelihatan bergaya. Di bahagian ruang kanan bawah billboard telah diletakkan logo jenama produk tersebut ianya untuk memudahkan pengguna mengetahui dan mengenal pasti jenama produk yang mengeluarkannya. Akhir sekali, warna putih dan hitam di dalam billboard tersebut digunakan untuk menggambarkan bahawa produk yang dikeluarkan itu adalah ringkas dan elegan. Ianya akan dapat menarik perhatian pembaca yang melihatnya.
6) VIDEO
Cara pengiklanan melalui video digunakan untuk menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan, warna yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati lebih efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu produk.
RUJUKAN :Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
RUJUKAN : Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Pada hari ahad yang lepas, bapa Alim telah pergi ke pasar tani dan membawa pulang buah-buahan yang dibeli di sana. Alim dan adik beradiknya iaitu abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah adalah penggemar buah-buahan tempatan. Bapa Alim telah membeli buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi.
Alim telah bertanya kepada ibu bolehkah dia memberi sedikit buah-buahan kepada jirannya iaitu Sulaiman. Hal ini kerana Sulaiman sentiasa ingat akan pesan ibu dan bapanya supaya berkongsi barang atau makanan yang kita suka kepada orang lain kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang baik yang perlu kita lakukan.
Ibu telah memuji Alim dengan perbuatan baik yang ingin di lakukan. Selain itu, ibu turut berbangga Alim sentiasa mengingati pesan yang diberikan selama ini kepadanya.
Ibu telah mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Ibu berkata kepada Alim dia melihat Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halam rumahnya tadi. Alim mengambil plastik merah tersebut yang mengandungi buah rambutan dan manggis daripada tangan ibunya lalu berlari ke rumah Sulaiman untuk memberikan kepadanya.
Alim telah memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Alim setelah plastik tersebut diberikan kepadanya. Alim terus berlari semula ke rumahnya untuk mendapatkan keluarganya sambil tersenyum puas terhadap perbuatan baik yang telah dilakukan sebentar tadi. Alim memahami bahawa sifat berkongsi itu adalah perbuatan yang baik. Hal ini kerana abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan kepadanya.
Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim telah membawa sampah kulit buah-buahan yang telah dimakanan sebentar tadi ke dalam tong sampah di luar rumah untuk membuangnya. Alim telah terserempah dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah.
Mak cik Timah telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepadanya. Alim telah berkata kepada Mak Cik Timah, dia melakukan perbuatan baik itu kerana sentiasa mengingati pesan ibu dan ayahnya supanya sentiasa berkongsi kepada orang lain. Terutamanya jiran. Hal ini kerana ibu juga pesan Sulaiman, Mak Cik Timah, dan Pak cik Yakub adalah jiran yang baik. Kita mesti berbuat baik dengan jiran kita sendiri.
Mak cik Timah berasa sangat gembira kerana Alim sangat baik kepada Sulaiman. Mak cik Timah berkata kepada Alim sambil melihat Sulaiman yang sedang membasuh basikal keciknya.
Alim suka Sulaiman dan Sulaiman suka berkawan dengan Alim kerana itu Alim sentiasa berbuat baik. Alim melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.
Mak cik Timah memandang ke arah Alim yang pergi berjalan masuk ke dalam rumahnya. Mak Cik Timah sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga atas perbuatan baik yang dilakukan selama ini.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota: Close up merupakan kaedah pengambilan gambar dalam jarak yang dekat dan memfokuskan kepada wajah seseorang. Tujuan kaedah ini digunakan untuk menunjukkan wajah seseorang itu dengan jelas. Selain daripada pengambilan gambar kaedah ini juga boleh dilakukan untuk penggambaran video dalam jarak yang dekat.
1. MANUSIA
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nota : Mug shot merupakan kaedah pengambilan gambar atau foto secara dekat dan fokus kepada muka sahaja. Mug shot ini dilakukan untuk menunjukkan raut wajah seseorang secara teliti. Kebiasannya kaedah ini digunakan untuk mengambil gambar kad pengenalan dan sebagainya. Gambar yang akan diambil daripada paras bahu ke atas.
Model : Nurul Izzati binti Tu Azman
1. GEMBIRA
Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. P...